The 24th International Machine Tools and Metalworking Technology Exhibition
 23 - 26 May 2018 • Putra World Trade Centre (PWTC) • Kuala Lumpur Malaysia  


Opening Hours:
Wednesday - Friday, 23 - 25 May - 10:00 - 18:00
Saturday, 26 May - 10:00 - 17:00

BAHASA MALAYSIA

Notis Persetujuan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“NOTIS PDP”)
 
Kepada: Pelanggan-pelanggan / Rakan-Rakan Perniagaan Kami Yang Dihargai
 
Trade Link ITE Sdn Bhd (No. Syarikat: 1033543-M), (“kami" atau “Syarikat”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi yang berkaitan dengan Pelanggan-Pelanggan kami (seperti yang dijelaskan di sini) dan Rakan-Rakan Perniagaan kami (seperti yang dijelaskan di sini) selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Akta").
 
Notis PDP ini, disediakan selaras dengan Akta tersebut, menetapkan, antara lain:
 
(i)  jenis-jenis Data Peribadi anda (seperti yang dijelaskan di sini) yang kami kumpulkan;
(ii) kaedah-kaedah yang kami gunakan untuk mengumpul Data Peribadi anda;
(iii) tujuan-tujuan Data Peribadi anda dikumpul dan diproses selanjutnya;
(iv) pihak-pihak yang kami boleh dedahkan Data Peribadi anda;
(v) hak-hak anda untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda;
(vi) langkah-langkah yang diambil oleh kami untuk melindungi Data Peribadi anda; dan
(vii) cara-cara untuk menghubungi kami bagi sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan Data Peribadi anda.
 
Sila baca Notis PDP ini dengan teliti kerana ianya adalah penting kepada dan berkenaan dengan anda.
 
Definisi
 
Untuk tujuan Notis PDP ini, melainkan konteksnya memerlukan yang sebaliknya:
 
“Anda”  : bermaksud penerima Notis PDP ini.
 
“Data Peribadi” : bermaksud apa-apa maklumat yang berkenaan dengan transaksi komersial, yang sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatik sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu, direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu atau direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan kami, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang anda.
 
“Pelanggan-Pelanggan” : bermaksud peserta pameran dan pelawat atau mana-mana individu atau entiti yang membeli produk dan perkhidmatan kami.
 
“Rakan-Rakan Perniagaan” : bermaksud pembekal, penjual, prinsipal dan penyedia barang dan/atau perkhidmatan kami, wakil-wakil penjual, rakan-rakan perkhidmatan sah (termasuk pekerja-pekerja, pengarah-pengarah dan pemegang-pemegang saham mereka).
 
“Syarikat Berkaitan” : bermaksud syarikat berkaitan sebagaimana yang dijelaskan di bawah Seksyen 7 Akta Syarikat 2016.
 
1.         PENGUMPULAN DATA PERIBADI  
 
1.1 Pemberian Data Peribadi anda adalah mandatori atau sukarela bergantung kepada Tujuan-Tujuan (seperti yang dijelaskan di sini) di mana Data Peribadi anda dikumpulkan oleh kami. Sekiranya anda diwajibkan untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami dan anda gagal atau tidak memilih untuk memberikan kepada kami, atau tidak bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pendedahan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menawarkan atau menyampai produk,perkhidmatan dan/atau kemudahan yang anda perlukan daripada kami atau berurusan dengan anda.
 
1.2 Kami akan mengumpul Data Peribadi anda ketika menjalankan aktiviti kami, dan hanya akan mengumpul Data peribadi tersebut sekiranya ia diperlukan supaya kami boleh melaksanakan dan menyampaikan fungsi-fungsi atau aktiviti-aktiviti kami.
 
1.3 Kami mengumpul Data Peribadi anda sekiranya munasabah dan praktikal untuk kami berbuat demikian. Beberapa contoh jenis Data Peribadi anda yang mungkin kami kumpul dan proses termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:
  • maklumat mengenai butir-butir peribadi anda seperti nama, gambar, umur, jantina, nombor kad pengenalan pendaftaran negara, nombor pasport atau nombor identiti dokumen yang lain, tarikh lahir, bangsa, etnik, kewarganegaraan, pekerjaan, aktiviti-aktiviti perniagaan, kesihatan fisikal dan mental dan lain-lain;
  • maklumat perhubungan (seperti alamat surat-menyurat, nombor telefon dan alamat e-mel;
  • maklumat pembayaran seperti maklumat kad kredit atau kad debit, termasuk nama pemegang kad, nombor kad, pengeluar bank, negara pengeluar bank, tarikh luput dan butiran akaun perbankan lain;
  • rekod transaksi; dan
  • maklumat mengenai computer anda (termasuk peranti mudah alih) seperti alamat protokol internet, lokasi geografi, jenis pelayar, versi pelayar, system operasi, tempoh lawatan, halaman yang dilihat dan pandu arah laluan laman web dan maklumat lain yang berkaitan dengan anda secara langsung atau tidak langsung apabila anda melayari laman web kami. 
2. BAGAIMANA DATA PERIBADI DIKUMPUL
 
2.1 Kami mungkin mengumpul Data Peribadi anda daripada anda, wakil anda yang diberi kuasa oleh anda, pihak ketiga, atau dari sumber awam termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:
 
            (i)         apabila anda:
 
  • mendaftar butir-butir anda melalui borang pertanyaan di laman web;
  • mengisi tempahan pembelian atau pertanyaan mengenai produk atau perkhidmatan kami (melalui telefon, secara sendiri atau secara elektronik);
  • berkomunikasi dengan kami secara langsung melalui kami, atau berurusan secara langsung melalui rakan sekerja kami dari organisasi kami berhubung dengan produk dan perkhidmatan kami (secara sendiri, melalui e-mel, telefon atau mana-mana cara lain);
  • menjalankan jenis-jenis urus niaga tertentu seperti pemulangan dan/atau pembatalan perkhidmatan;
  • mengambil bahagian dalam soal selidik dan lain-lain penyelidikan; dan
  • memberi maklumbalas kepada kami;
(ii) daripada ejen yang dilantik oleh kami atau dari pihak ketiga yang berurusan dengan kami;
 
(iii) daripada sumber-sumber lain di mana anda telah memberikan persetujuan untuk pengumpulan dan pendedahan Data Peribadi anda dan/atau jika dibenarkan dari sisi undang-undang; dan
 
(iv) melalui televisyen litar tertutup atau rakaman kamera kamera apabila anda melawat premis kami atau mengambil bahagian dalam sebarang acara kami.
 
3. TUJUAN-TUJUAN PENGUMPULAN, PENGGUNAAN, PENYIMPANAN, PENDEDAHAN DAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
 
3.1 Data Peribadi yang kami kumpul daripada anda mungkin diguna, disimpan, didedah dan/atau diproses untuk pelbagai tujuan, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:
 
(i) untuk memproses pendaftaran anda sebagai Pelanggan atau Rakan Perniagaan kami;
(ii) untuk memantau akses ke premis perniagaan kami untuk tujuan keselamatan dan rekod;
(iii) untuk memantau pematuhan dengan peraturan dan dasar dalaman kami;
(iv) untuk berkomunikasi dengan anda;
(v) untuk mengekalkan dan memperbaiki tahap perhubungan pelanggan;
(vi) untuk menilai, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan kepada anda;
(vii) untuk mentadbir dan memproses mana-mana bayaran atau tuntutan berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda;
(viii) untuk membuktikan identiti dan latar belakang anda;
(ix) untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda dan menyelesaikan apa-apa isu dan pertikaian yang mungkin timbul berhubung dengan apa-apa urus niaga dengan kami;
(x) untuk memberikan anda maklumat dan/atau kemaskini mengenai produk dan perkhidmatan kami yang ditawarkan oleh kami dan/atau acara-acara yang diaturkan oleh kami dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda dari semasa ke semasa;
(xi) untuk memudahkan penyertaan anda dan pentadbiran kami dalam mana-mana acara;
(xii) untuk menyelenggara dan mengemaskini penyimpanan rekod dalaman;
(xiii) untuk menghantar ucapan pada musim perayaan dari semasa ke semasa;
(xiv) untuk menghantar jemputan untuk menyertai acara serta acara pelancaran produk kami;
(xv) untuk mengawasi, mengkaji dan menambah baik acara dan promosi, produk dan/atau perkhidmatan kami;
(xvi) untuk melaksanakan semakan rujukan kredit dan membuktikan liabiliti kredit anda, di mana ia diperlukan, dalam menyediakan anda dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan;
(xvii) untuk mentadbir dan menguatkuasa urus niaga komersial anda dengan kami (seperti mendapatkan tender, kontrak bagi perkhidmatan, perjanjian penyewaan);
(xviii) untuk memproses apa-apa bayaran berkaitan dengan urus niaga komersial anda dengan kami;
(xix) untuk memproses dan menganalisis Data Peribadi anda sama ada secara individu atau kolektif dengan lain-lain individu;
(xx) untuk menjalankan penyelidikan atau kaji selidik pasaran, analisis pemasaran dalaman, aktiviti pemprofilan pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, perancangan dan analisis perangkaan dan trend berhubung dengan produk dan/ atau perkhidmatan kami;
(xxi) untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan juruaudit bagi tujuan audit dan pelaporan kami;
(xxii) untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda selaras dengan mana-mana perjanjian atau dokumen yang anda telah tandatangani sewajarnya dengan kami untuk tujuan meminta nasihat undang-undang dan/atau kewangan dan/atau untuk tujuan memulakan tindakan undang-undang;
(xxiii) untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan Rakan-Rakan Perniagaan kami supaya secara bersama membangunkan produk dan/atau perkhidmatan atau melancar kempen pemasaran;
(xxiv) untuk berkongsi mana-mana Data Peribadi anda dengan institusi kewangan yang perlu untuk tujuan memohon dan mendapatkan kemudahan (kemudahan-kemudahan) kredit, sekiranya perlu;
(xxv) untuk mengendali, menyelenggara dan mengurus dengan baik perniagaan kami dan hubungan anda dengan kami;
(xxvi) untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang mengancam kehidupan, kesihatan atau keselamatan diri anda atau individu lain;
(xxvii) untuk transaksi perniagaan dengan anda;
(xxviii) untuk tujuan pentadbiran dalaman;
(xxix) untuk tujuan audit, pengurusan risiko dan keselamatan;
(xxx) untuk mengesan, menyiasat dan mencegah kegiatan penipuan, kegiatan terlarang atau yang menyalahi undang-undang;
(xxxi) untuk sebarang penyiasatan atau prosiding;
(xxxii) untuk pendedahan demi kepentingan anda atau kepentingan awam;
(xxxiii) untuk membolehkan kami melaksanakan kewajiban dan menguatkuasakan hak kami di bawah mana-mana perjanjian atau dokumen, di mana kami adalah pihak kepadanya;
(xxxiv) untuk memindah atau menyerah hak-hak, kepentingan dan kewajiban kami di bawah mana-mana perjanjian yang ditandatangani dengan kami;
(xxxv) untuk memenuhi apa-apa keperluan undang-undang atau peraturan dan membuat pendedahan di bawah mana-mana keperluan undang-undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling atau kod berkenaan kepada kami;
(xxxvi) untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak kami dan hak anda di bawah, dan untuk mematuhi dengan kewajiban kami di bawah, undang-undang, perundangan dan peraturan yang berkenaan; dan
(xxxvii) untuk mana-mana tujuan lain yang adalah sampingan atau tambahan atau untuk menyempurnakan tujuan-tujuan di atas yang tidak secara khusus disebutkan di sini dan/atau dibenarkan dari sisi undang-undang, oleh mana-mana peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa pengawalseliaan yang berkaitan,
(semua di atas dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”).
 
4. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
 
4.1 Kami, pada umumnya, menyimpan Data Peribadi anda dengan sulit. Walau bagaimanapun, kami mungkin dikehendaki mendedahkannya kepada pihak tertentu (sama ada mereka berada di atau luar Malaysia), dalam keadaan tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
 
  • orang / syarikat / organisasi yang anda telah bersetuju untuk berkongsi Data Peribadi anda;
  • syarikat induk kami dan Syarikat Berkaitannya;
  • Pelanggan-Pelanggan, Rakan-Rakan Perniagaan dan/atau Syarikat Berkaitan;
  • mana-mana pekerja, pegawai atau penasihat profesional kami yang semunasabahnya perlu bagi mana-mana Tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini;
  • penyedia perkhidmatan pihak ketiga seperti penyedia perkhidmatan kemasukan data, penasihat profesional, perunding dan/atau juruaudit, kontraktor, penyedia kemudahan penyimpanan, penyedia perkhidmatan operasi dan penyedia logistik dan institusi kewangan.
  • mana-mana pihak berkuasa kerajaan, awam atau kawal selia; dan
  • bakal syarikat induk atau syarikat induk baru atau anak-anak syarikat kami yang diperbadankan atau daripada penggabungan, pengambilalihan, penyusunan semula Syarikat kami atau mana-mana cadangan korporat yang dilaksanakan oleh kami.
4.2 Kami mungkin perlu memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia jika mana-mana pembekal perkhidmatan kami atau Rakan-Rakan Perniagaan kami terlibat dengan penyediaan perkhidmatan mereka yang terletak di negara-negara di luar Malaysia.

5. PERMINTAAN BAGI AKSES DATA PERIBADI
 
5.1 Anda boleh meminta untuk mengakses Data Peribadi anda dalam milikan kami dengan mengemukakan permintaan bertulis ke alamat berikut:
 
   Personal Data Protection Officer
   Trade Link ITE Sdn Bhd (No. Syarikat: 1033543-M)
   A-11-02A, Empire Tower Office
   Empire Subang, Jalan SS16/1
   47500, Selangor, Malaysia
 
   Alamat e-mel: [email protected]
 
5.2 Untuk permintaan bagi mengakses Data Peribadi anda, kami akan menyediakan anda dengan Data Peribadi yang berkenaan dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas permintaan tersebut dibuat.
 
5.3 Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda dalam masa yang singkat. Jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sebab-sebabnya (contohnya, apabila kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah bersifat komersil sulit atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama).
 
5.4 Jika permintaan tidak boleh dipenuhi dalam jangka masa di atas, kami akan memaklumkan anda waktu yang munasabah bila kami akan memberi maklum balas. 
 
5.5 Kami berhak untuk menolak permintaan yang akan menjejaskan keselamatan dan privasi maklumat peribadi orang lain serta permintaan yang tidak praktikal atau tidak dilakukan dengan niat baik.
 
5.6 Bergantung pada skop dan jenis kerja yang diperlukan untuk memproses permintaan akses anda, kami mungkin perlu mengenakan yuran bagi menanggung kos pentadbiran. Ini akan dinilai atas dasar kes demi kes oleh Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami. Apabila yuran tersebut akan dikenakan, kami akan menyediakan dokumen bertulis untuk pertimbangan anda. Sila maklum bahawa kami hanya akan memproses permintaan anda sebaik sahaja anda bersetuju terhadap bayaran yuran tersebut. Dalam hal tertentu, kami juga mungkin  memerlukan deposit daripada anda sebelum memproses permintaan akses tersebut. Anda akan dimaklumkan sekiranya deposit diperlukan dalam dokumen bertulis, sekiranya ada.
 
6. PERMINTAAN UNTUK MENARIK BALIK/MENGHADKAN KEBENARAN
 
6.1 Anda boleh meminta untuk menarik balik/menghadkan kebenaran anda yang diberi kepada kami bagi pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pendedahan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda dalam milikan kami atau di bawah kawalan kami dengan mengemukakan permintaan bertulis anda kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di alamat yang disebutkan di atas.
 
6.2 Kami akan memproses permintaan anda dalam masa dua puluh satu (21) hari selepas permintaan tersebut dan selepas itu kami tidak akan mengumpul, mengguna, menyimpan,mendedah dan memproses Data Peribadi anda lagi ataupun menghadkan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pendedahan dan/atau pemprosesan Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam permintaan anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat meneruskan hubungan sedia ada anda dengan kami dan kami mungkin tidak dapat menyediakan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang anda perlukan daripada kami atau memaklumkan kepada anda produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan terkini kami selepas itu.
 
7. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN DATA PERIBADI
 
7.1 Kami akan berusaha dengan sepenuhnya untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Oleh itu, Data Peribadi yang anda berikan kepada kami seharusnya, sejauh mana yang munasabah, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Sekiranya anda ingin mengemaskini atau membetulkan Data Peribadi anda yang disimpankan oleh kami, anda boleh mengemukakan permintaan bertulis anda kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di alamat yang disebutkan di atas. Atas permintaan anda, kami akan mengemaskini Data Peribadi anda dengan sewajarnya atau meminta maklumat lanjut dan dokumen sokongan sebelum meneruskan pengemaskini Data Peribadi anda, jika maklumat yang diberikan kepada kami tidak lengkap atau mengelirukan. Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda dalam masa yang singkat. Jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sebab-sebabnya.
 
7.2 Kami tidak akan bertanggungjawab dalam pergantungan kepada Data Peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap yang diberikan oleh anda kepada kami dan di mana anda tidak memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan dalam Data Peribadi anda yang anda berikan kepada kami dari awalnya.
 
7.3 Kami akan menyediakan pengawalan keselamatan yang munasabah untuk memastikan   bahawa Data Peribadi anda dilindungi dengan secukupnya dan terjamin. Pengawalan keselamatan yang sesuai akan diambil untuk mengelak daripada berlaku apa-apa akses yang tidak sah, tidak sengaja atau tanpa kebenaran, pengumpulan, penggunaan, pendedahan, penyalinan, pengubahsuaian, kebocoran, kehilangan, penyalahgunaan, kerosakan, pindaan dan/atau kemusnahan Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat menjamin keselamatan Data Peribadi anda yang dihantar ke laman web atau e-mel kami (sebarang penghantaran Data Peribadi anda adalah risiko anda sendiri) kerana penghantaran maklumat melalui internet tidak sepenuhnya selamat dan kami tidak akan bertanggungjawab bagi   sebarang penggunaan yang tidak sah atau tidak dibenarkan terhadap Data Peribadi anda oleh pihak ketiga yang keseluruhannya berpunca daripada faktor-faktor di luar kawalan kami.
 
7.4 Kami juga akan menyediakan langkah-langkah tertentu agar Data Peribadi anda di dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila kami menerima permintaan anda untuk memusnahkan atau memadam Data Peribadi anda atau sebaik sahaja ianya munsabah untuk mengandaikan bahawa (i) penyimpanan Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Tujuan-Tujuan di mana Data Peribadi anda dikumpulkan dan/atau (ii) penyimpanan Data Peribadi anda tidak lagi perlu untuk apa-apa tujuan undang-undang atau perniagaan.
 
8. PROSES PERTANYAAN/ADUAN
 
8.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung dengan Notis PDP ini ataupun berhubung dengan apa-apa penyalahgunaan atau syak penyalahgunaan Data Peribadi anda, anda boleh mengemukakan pertanyaan atau aduan bertulis anda kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di alamat yang disebutkan di atas.
 
8.2 Apabila anda mengemukakan pertanyaan atau aduan melalui e-mel atau surat, pertunjuk anda kepada perkara subjek di mana ia adalah pertanyaan atau aduan berkaitan dengan Notis   PDP ini akan membantu kami untuk mengurus pertanyaan atau aduan anda secara cepat dengan menyerahkannya kepada kakitangan yang berkaitan di Syarikat kami untuk mengendalikannya. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan perkara subjek sebagai “Aduan PDPA”.
 
8.3 Kami akan berusaha untuk mengendalikan sebarang pertanyaan atau aduan anda dengan cepat dan adil.
 
9. PINDAAN/PENGEMASKINIAN NOTIS PDP INI
 
9.1 Sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan bahawa kami mengurus,     melindungi dan memproses Data Peribadi anda dengan sewajarnya, kami akan mengkaji   dasar, prosedur dan proses dari semasa ke semasa. 
 
9.2 Kami berhak untuk meminda terma-terma Notis PDP ini mengikut budi bicara mutlak kami  tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda. Sebarang Notis PDP terpinda akan dipaparkan di laman web kami.
 
9.3 Anda digalakkan untuk mengunjungi laman web kami (http://www.automex.com.my/Data-Protection-Policy.aspx) dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda dimaklumkan dengan jelas akan dasar-dasar terkini kami berhubung dengan Notis PDP kami.
 
10. KONFLIK
 
10.1 Sekiranya terdapat sebarang konflik antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam Notis PDP ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
 
11. PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN
 
11.1 Kami ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan Data Peribadi anda kepada kami melalui urusan semasa atau sebelum ini. Dengan memberi Data Peribadi anda kepada kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis PDP ini dan bersetuju dan membenarkan kami untuk mengumpul, mengguna, mengakses, menyimpan, memindah dan memproses Data Peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis PDP ini.
 
 
Yang benar,
 
Pengarah Eksekutif
_______________________________________________________________________________